Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN) diteruskan lagi bagi Siri 15 / 2025.
Program Elaun Sara Hidup Nelayan atau ESHN merupakan bantuan bulanan kepada pemilik vesel perikanan dan pekerja (awak-awak) yang layak serta didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
Objektif utama program ESHN adalah bagi membantu golongan nelayan meringankan bebanan menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan kos sara hidup.
Bantuan elaun ini telah dimulakan sejak Jun 2008 di mana pemohon yang layak diberikan elaun bulanan sebanyak RM200 dan sejak tahun 2015, elaun ini telah dinaikkan kepada RM250 dan RM300 (bergantung pada zon).
Program ini adalah antara usaha kerajaan (melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)) untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.
Syarat kelayakan

Berikut merupakan individu yang layak dipertimbangkan untuk menerima bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN):
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
- Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa
- Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah
- Status pengambilan minyak yang aktif
- Bagi pekerja (awak-awak), didaftarkan sebagai pekerja vesel oleh pemilik vesel individu atau syarikat
Jumlah Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)
RM300 sebulan
Baca lagi:
- Barangan MyKasih: Senarai Barang Diluluskan Bantuan SARA
- Jadual STR: Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1,2,3,4
Kaedah Pembayaran
Terdapat 2 kaedah pembayaran Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) seperti berikut:
Melalui bank: Bayaran terus ke akaun penerima melalui bank yang ditetapkan.
- MAYBANK
- Agrobank
- BSN
- CIMB
Secara tunai: Bayaran secara tunai oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK)
Kategori Penerima
Berikut adalah 3 kategori penerima bagi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) kali ini:
- Pemilk vesel perikanan Zon A
- Pemilk vesel transformasi Zon A yang berstatus syarikat
- Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi Zon A, B, C dan C2 yang merupakan warganegara Malaysia
Cara memohon Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)

Permohonan baru Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) boleh dibuat melalui sistem e-Pengisytiharan LKIM modul Elaun Sara Hidup Nelayan di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan mengemukakan dokumen berikut:
- Kad pengenalan bagi tujuan verifikasi
- Borang permohonan yang lengkap diisi
- Salinan MyKad pemilik vesel dan pekerja
- Salinan lesen vesel perikanan yang sah dan lesen perkakasan menangkap ikan (jika berkaitan) yang masih sah berkuatkuasa
- Borang daftar pekerja vesel (awak-awak) yang disahkan oleh pemilik
- Salinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja (awakawak) yang masih sah berkuatkuasa
- Salinan buku akaun simpanan (Agrobank/BSN/CIMB/Maybank)
- Gambar pemohon berukuran passport (terkini)
- Lain-lain dokumen sokongan (jika berkaitan)
Pemilik bersama pekerja wajib hadir untuk mendaftarkan pekerjanya (awak-awak) dan pendaftaran dibuat sesuai seperti yang tertera pada lesen vesel yang didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah atau Jabatan Perikanan Sabah
Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses permohonan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM.
Pembaharuan permohonan
Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) hanya diberikan sepanjang tempoh yang diluluskan sahaja.
Walau bagaimanapun, individu yang layak boleh membuat pembaharuan permohonan dengan cara yang berikut:
- Pemilik dan pekerja vesel wajib menghadirkan diri semasa proses pembaharuan tersebut
- Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses pembaharuan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM
- Pembaharuan ESHN hendaklah dilakukan 3 bulan sebelum tamat tempoh permohonan
Pertanyaan dan maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila hubbungi pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di talian 03-8064 9000.